Tamadun dan kawasan Sejarah_dunia

Binaan semula pusat Rom semasa pemerintahan Septimius Severus, menunjukkan Colosseum dan kawasan ke selatan darinya.

Menjelang akhir abad pertama SM, Mediterranean, Sungai Ganges dan Sungai Kuning telah menjadi tapak empayar yang pemimpin masa hadapan cuba menirunya. Di India, Empayar Mauryan memerintah sebahagian besar Asia Selatan, sementara Pandyas memerintah India Selatan. Di China, Qin dan Han mengembangkan pemerintahan imperial mereka menerusi penyatuan politik, komunikasi lebih baik dan penubuhan monopoli negara oleh Maharaja Wu.

Di barat, rakyat Yunani Purba menubuhkan tamadun yang dianggap kebanyakan sejarahwan sebagai asas budaya tamadun barat moden. Beberapa abad kemudian, pada abad ke-3 SM, Rom mula mengembangkan jajahan mereka melalui penaklukan dan menubuhkan koloni. Menjelang pemerintahan Maharaja Augustus (akhir abad pertama SM, Rom mengawal keseluruhan tanah mengelilingi Mediterranean. Menjelang pemerintahan Maharaja Trajan (awal abad ke-2 M), Rom mengawal kebanyakan tanah dari England hingga ke Mesopotamia.

Empayar yang agung bergantung kepada penyerapan jajahan menggunakan tentera dan pada pembentukan pendudukan yang dipertahankan agar menjadi pusat pertanian. Keadaan yang agak aman semasa di bawah pentadbiran empayar menggalakkan perdagangan antarabangsa, paling terkemuka laluan perdagangan besar di laut Mediterranean yang telah dibangunkan semenjak Zaman Keyunanian, dan Laluan Sutera.

Empayar berhadapan dengan masalah biasa berkait dengan mengekalkan jumlah tentera yang besar dan menyokong borokrasi pusat. Kos ini semakin membebankan petani, sementara usahawan pemilik tanah semakin mampu mengelakkan kawalan pusat dan kosnya. Tekanan orang-orang gasar di sempadan mencepatkan proses perpecahan dalaman. Empayar Han China terjerumus dalam perang saudara pada 220 M, sementara Empayar Rom yang sama semakin menjadi berpisah dan pecah belah pada masa yang sama.

Sepanjang zon iklim sederhana Eurasia, Amerika dan Afrika Utara, empayar bangkit dan jatuh secara berterusan.

Keruntuhan Empayar Rom, yang berlanjutan selama beberapa kurun selepas kurun ke-2 SM, berkebetulan dengan penyebaran Kristian ke arah barat ke Timur Tengah. Empayar Rom barat jatuh di bawah pengaruh puak Jerman pada kurun ke-5, dan ia perlahan-lahan berpecah kepada beberapa negeri yang bertempur sesama sendiri, kesemuanya berkait dalam satu cara atau lain sesama sendiri dengan Gereja Katolik Rom. Sisa bahagian Empayar Rom, di Mediterranean timur, mulai sekarang akan dikenali sebagai Empayar Byzantine. Berkurun selepasnya, persatuan terhad akan dikembalikan pada Eropah barat melalui penubuhan Empayar Rom Suci pada 962, yang terdiri dari beberapa negeri yang apa kini dikenali sebagai Jerman, Switzerland, Belgium, Itali dan Perancis.

Di China, pelbagai dinasti turut naik dan turun. Selepas kejatuhan Dinasti Han Timur dan jatuhnya Tiga Kerajaan, puak nomad dari utara mula menjajah pada abad ke-4 M, akhirnya menakluk kawasan China Utara dan menubuhkan banyak kerajaan kecil. Dinasti Sui menyatukan China pada 581, dan bawah Dinasti Tang berikutnya (618-907) China memasuki zaman keemasan kedua. Bagaimanapun Dinasti Tang turut berpecah dan selepas setengah abad kacau-bilau Dinasti Song Utara menyatukan China pada 982. Bagaimanapun tekanan dari empayar nomad di utara semakin meningkat. China Utara jatuh ke tangan Jurchen pada 1141, dan Empayar Mongol menakluk keseluruhan China pada 1279, termasuk juga hampir keseluruhan tanah besar Eurasia, kecuali tengah dan Eropah Barat, dan kebanyakan Asia Tenggara dan Jepun.

Pada tempoh ini, India utara diperintah oleh Gupta. Di India Selatan, tiga kerajaan Dravidia terkemuka muncul: Chera, Chola dan Pandya. Kestabilan yang berikutnya menyumbang kepada zaman kegemilangan kebudayaan Hindu pada abad ke-4 dan ke-5 M.

Mummia inca.Machu Picchu, "Bandar Lenyap orang Inca," telah menjadi simbol yang paling dikenali bagi tamadun Inca.

Pada masa kini juga, di Amerika Tengah, masyarakat luas juga turut terbentuk, yang paling penting adalah Maya dan Aztek dari Mesoamerika. Ketika ibu budaya iaitu Olmeks merosot secara perlahan-lahan, negara-bandar Maya agung perlahan-lahan meningkat semakin banyak dan semakin penting, dan budaya Maya tersebar sepanjang Yucatבn dan kawasan sekeliling. Empayar Aztek berikutnya dibina atas budaya berjiranan dan dipengaruhi oleh penduduk yang ditawan seperti Toltek.

Di Amerika Selatan, antara abad ke-14 dan abad ke-15 melihat kebangkitan Inca. Empayar Inca dari Tawantinsuyu, dengan ibu negerinya di Cusco, merentasi keseluruhan Banjaran Gunung Andes. Kaum Inca adalah kaya dan maju, terkenal kerana sistem jalan Inka dan pertukangan batu yang tiada tandingannya.

  • Sehingga 1258

Islam, yang bermula pada abad ke-7 di Arab, merupakan salah satu kuasa menakjubkan dalam sejarah dunia, berkembang dari sejumlah kecil pengikut kepada menjadi asas bagi beberapa siri empayar di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah, India, Melaka dan masa kini Indonesia.

Di timur laut Afrika, Nubia dan Habsyah masih kekal kelompok Kristian sementara bahagian Afrika yang lain di utara khatulistiwa memeluk Islam. Dengan kedatangan Islam datang teknologi baru yang, buat kali pertama membenarkan perdagangan yang banyak menyeberangi Sahara. Cukai ke atas perdagangan ini membawa kemewahan kepada Afrika Utara, dan kebangkitan beberapa siri kerajaan di Sahel.

Tempoh ini dalam sejarah dunia ditanda dengan kemajuan teknologi yang perlahan tetapi berterusan, dengan pembangunan penting seperti pelana dan bajak moldboard tiba setiap beberapa kurun. Bagaimanapun di sesetengah kawasan, terdapat kemajuan teknologi yang pantas. Lebih penting lagi, adalah di kawasan Mediterranean semasa tempoh Keyunanian, apabila beratus teknologi dicipta. Tempoh sedemikian diikuti dengan tempoh kemerosotan teknologi, sebagaimana semasa kemerosotan dan kejatuhan Empayar Rom dan tempoh awal pertengahan berikutnya.

Wabak Justinian merupakan wabak yang menimpa Empayar Byzantine, termasuk ibu kotanya Constantinople, pada tahun 541542 M. Ia dianggarkan bahawa Wabak Justinian membunuh seramai hingga 100 juta manusia di seluruh dunia.[6][7] Ia menyebabkan penduduk Eropah merosot sekitar 50% antara 541 dan 700.[8] Ia juga mungkin turut menyumbang kepada kejayaan penaklukan Arab.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Sejarah_dunia http://www.atypon-link.com/AEAP/doi/abs/10.1257/08... http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/j... http://www.justiniansflea.com/events.htm http://encarta.msn.com/encyclopedia_761575057_13/s... http://www.skkok.com/?_page=43 http://dpalm.med.uth.tmc.edu/courses/BT2003/BTstud... http://www.ph.ucla.edu/EPI/bioter/anempiresepidemi... http://www.digitalhistory.uh.edu/historyonline/con... http://www3.niaid.nih.gov/news/newsreleases/1996/p... http://www.reshafim.org.il/ad/egypt/ramses-hattusi...